Persatuan Sejarah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke satu tempat bersejarah. Selaku setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis laporan tentang lawatan tersebut.
Sediakan laporan itu selengkapnya
_________________________________________________________________________________RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
tajuk laporan - menyatakan tempat lawatan, tarikh, bilangan peserta, dan tujuan lawatan
Isi-isi penting
- berkumpul di sekolah - pukul 7.00 pagi - menaiki bas - tiba 8.30 pagi - disambut oleh pengawai yang bertugas - memberikan taklimat tentang tempat tersebut
- dibawa melawat ke kompleks bersejarah - tertarik akan keberanian pahlawan menghadapi penjajah Inggeris - menayangkan dokumentari tentang sejarah Pasir Salak dan tragedi pembunuhan Residen Inggeris
- gerai makanan dan minuman - gerai kraf tangan di sekitar kompleks - rantai kunci, bingkai gambar, dan gambar pejuang terdahulu
- lawatan berakhir pukul 1.30 tengah hari - kembali ke sekolah - pengalaman yang berharga dan menanam semangat cinta akan negara
pengakuan pelapor, tandatangan, tarikh, nama pelapor, dan jawatan
_________________________________________________________________________________
MODEL KARANGAN
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kompleks Sejarah Pasir Salak
Pda 25 Febuari yang lalu, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim Talib, Teluk Intan telah mengadakan lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Seramai 32 orang ahli persatuan menyertai lawatan ini dengan diikuti oleh empat orang guru penasihat. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan informasi yang tepat kepada murid-murid khususnya ahli Persatuan Sejarah sekolah ini tentang sejarah tempatan.
Seawal pukul 7.00 pagi, semua guru pengiring dan peserta rombongan peserta berkumpul di dataran kejat sekolah ini. Tidak lama kemudian , semua ahli rombongan menaiki bas menuju ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. kami selamat sampai di perkarangan kompleks berkenaan pada pukul 8.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Pengawai Perhubungan Kompleks Bersejarah Pasir Salak, Tuan Haji Hanafiah bin Dolah.Beliau membawa kami ke bilik persidangan.
Di bilik persidangan itu, Tuan haji Hanafiah mengalu-alukan kedatangan kami. Beliau berbangga kerana ahli-ahli Persatuan Sejarah sekolah ini mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui sejarah yang berlaku di negeri Perak. Menurut beliau, generasi muda seharusnya mengetahui sejarah tempatan supaya dapat mengambil iktibar tentang perkara yang berlaku. Beliau seterusnya memberikan taklimat secara ringkas tentang sejarah penubuhan kompleks ini yang tercetus daripada idea mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli bin Ngah Talib yang juga cicit Datuk Sagor, seorang pejuang Melayu yang menentang Inggeris.
Selepas taklimat tersebut, kami dibawa melawat ke sekitar kompleks. Kami dapat melihat banyak gambar dan ilustrasi yang dipaparkan mengenai keberanian orang Melayu menentang penjajah Inggeris. Menurut fakta tersebut, orang Melayu bangkit menentang Inggeris kerana Residen Inggeris yang bertugas bukan sahaja telah mencabar kedaulatan raja-raja tetapi telah melanggar adat susila orang Melayu. Tambahan pula, kadar cukai yang dikenakan terhadap penduduk amat membebankan mereka. Menurut Tuan Haji Hanafiah, satu mesyuarat telah diadakan di Durian Sebatang. Mesyuarat itu disertai pembesar-pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor. Dalam mesyuarat ini, para pembesar Melayu bersepakat untuk membunuh Residen Inggeris, JWW Birch. Sepumtun telah ditugaskan untuk membunuh residen tersebut. Sultan Abdullah turut menyokong persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut.
Sebelum pulang, kami juga dibawa berkunjung ke gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Terdapat juga gerai yang menjual kraf tangan yang berkaitan dengan kompleks ini seperti rantai kunci, bingkai gambar, dan gambar pejuang-pejuang Melayu terdahulu.
Lawatan kami berakhir pada pukul 1.30 tengah hari apabila semua peserta menaiki bas untuk kembali ke sekolah. Sesungguhnya, lawatan ini amat bermakna kerana dapat membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta selain memberikan pengalaman yang menarik.
Laporan disediakan oleh,
Adli
(MUHAMMAD ADLI BIN ZAMRI)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim Talib.
Baby essays
ReplyDeleteVery easy😎😎😎😎😎😎
DeleteBaby essays
ReplyDeletenope
ReplyDeleteJia you
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteVery easy
ReplyDeleteSaya suka pada keringkasan yang terdapat pada karangan tersebut☺️☺️☺️
ReplyDeleteSuper
ReplyDeleteSaya suka 😍😍
ReplyDeletetq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete