Sahabat pena anda yang tinggal di luar negara ingin mengetahui tempat - tempat menarik di negara anda.
Balas surat sahabat anda itu selengkapnya.
_________________________________________________________________________________
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh) serta kata panggilan hormat
Isi-isi penting
- bertanyakan khabar sahabat - berharap agar sahabat sihat walafiat - sibuk dengan persiapan menghadaupi peperiksaan pertengahan tahun
- bangga kerana sahabat berminat untuk mengetahui tempat - tempat yang menarik - bertambah teruja apabila sahabat menyatakan keinginan untuk datang
- teruja apabila sahabat berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia - menceritakan destinasi menarik di Malaysia
- destinasi berfokus kepada keindahan alam semula jadi - seperti hutan simpan , gunung - ganang, pulau peranginan, dan pantai - melepaskan tekanan dan melapangkan fikiran
- kunjungan ke tempat - tempat bersejarah dapat menambahkan pengetahuan sejaran dan pengalaman - memperlihatkan kisah perjuangan orang Melayu menentang penjajah
- kunjungan ke taman tema air memberikan keseronokan dan kepuasan - boleh mengunjungi pasar rahya besar - harga berpatutan
ucapan sekian dan terima kasih, pengakuan pengirim, dan tandatangan
_________________________________________________________________________________
MODEL KARANGAN
No.273,Taman Melati,
Jalan Haji Sulong,
32400 Teluk Intan,
Perak.
25 April 2015
Menemui sahabatku, George yang berada di Toronto, semoga sihat sejahtera hendaknya, di samping keluarga yang tersayang. Bagi diri saya di sini sihat walafiat sahaja. Cuma pada masa ini, saya agak sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan dijalankan pada minggu hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kiriman warkah daripada saudara yang saya terima pada minggu lepas. Saya berasa bangga kerana saudara berminat untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik di negara saya yang sememangnya antara destinasi pelancongan. Malahan, saya bertambah teruja apabila saudara menyatakan keinginan saudara untuk melancong ke sini suatu masa nanti. Saudara pasti tidak menyesal datang ke sini kerana negara saya menjanjikan pelbagai pengalaman indah kepada saudara.
Saudara,
Industri pelancongan di Malaysia berfokus kepada keindahan alam semula jadi seperti hutan simpan, gunung - ganang, pulau peranginan dan pantai. Antara destinasi yang menawarkan pemandangan yang indah ialah Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah. Saudara boleh mendaki gunung ini dan merasai pelbagai pengalaman yang mencabar. Di samping itu, saudara juga boleh makan angin di Pulau Tioman yang merupakan antara pulau tercantik di dunia. Malahan, saudara juga boleh meneroka Gua Tempurung di Ipoh, Perak. Tempat-tempat ini kerap menjadi kunjungan pelancong yang ingin melepaskan tekanan dan melapangkan fikiran.
Kunjungan ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia dapat menambahkan pengetahuan sejarah saudara, di samping menambahkan pengalaman kerana dapat menyaksikan tempat-tempat bersejarah dengan mata kepala sendiri. Tempat bersejarah yang paling terkenal ialah Koa A Famosa yang lokasinya di Melaka. Kota ini menjadi bukti bahawa Melaka pernah dijajah oleh Portugis pada abab ke-16. Selain itu, terdapat kompleks Sejarah Pasir Salak yang terletak di Kampung Gajah, Perak yang memperlihatkan kisah perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris suatu masas dahulu. Malahan, terdapat beberapa binaan yang terdapat di Kelantan ketika Jepun masuk ke negara saya pada tahun 1941.
Saudara juga boleh berkunjung ke taman-taman air di negara ini, seperti Sunway Lagoon di Selangor, A Famosa Water Theme Park, dan Wet World di Johor. Tempat-tempat ini memberikan keseronokan dan kepuasan kepada saudara. Di samping itu, jika saudara ingin membeli-belah, saudara boleh mengunjungi pasar raya besar yang bagai candawan tumbuh di negara ini. Hampir setiap pasar raya ini menjadi medan perniagaan bagi peniaga kraf tangan dan cenderamata yang menarik dan murah harganya.Jualan mega yang diadakan di pasar-pasar raya itu membolehkan saudara membeli barangan dengan harga yang berpatutan.
Setakat ini sahaja penerangan saya kepada saudara. Saya berharap agar penjelasan ini dapat memikat hati saudara untuk berkunjung ke negara saya. Saya bersedia untuk menjadi pemandu pelancong saudara jika saudara datang ke sini. Semoga kita berjumpa dalam warkah yang lain pada masa akan datang
Sahabatmu,
Adenan
Peribahasa
- makan angin - bersiar-siar
- bagai cendawan tumbuh - terlalu banyak pada sesuatu masa
- memikat hari - menarik hari
Ade tak yang pendek sikit
ReplyDeletePanjang kan lagi bagusπ
DeleteOi terima kasih laa!!!!
ReplyDeleteSaya nak yng pendek sikit boleh tak.Tetapi ini juga bagus.TERIMA KASIH!
ReplyDeletePendek sikit la tapi bagusππππππ✌✌✌☝☝☝ππππΌ
ReplyDeleteKarangan yg bagus
ReplyDeleteSangat berfaedahππ
ReplyDeletehello
ReplyDeleteTerbaikππ
ReplyDeleteBagus ayat ni,terima kasih
ReplyDeleteMudah untuk saya belajar π
ReplyDeleteπ
ReplyDeleteTerbaikπππ»
ReplyDeleteterima kasih untuk memberikan surat yang berfaedah
ReplyDeleteBaik
ReplyDeleteTerima kasih. akhirnya saya dapat menyiapkan kerja sekolah saya
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteThe best one!.. Really helpful.. Tq so much!
ReplyDeleteKarAngannya perkataanya panjang π terima kasih banyak
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteNiceπ
ReplyDeleteI Like it..thanks��
ReplyDeleteKarangan yg bagus dh sempurna but way saya cg bm
ReplyDeleteTq...TERBAIK
ReplyDeleteTq
ReplyDelete