Rakan anda telah menerima anugerah murid terbaik sekolah anda. Anda berkesempatan berbual-bual dengannya tentang kejayaan tersebut.
Tulis perbualan anda dengan rakan anda selengkapnya.
_________________________________________________________________________________RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
menyapa sahabat - mengucapkan tahniah atas kejayaan
Isi-isi penting
- tidak menyangka akan terpilih - banyak murid lain yang lebih layak
- merendah diri - memang layak - merupakan hasil gigih sendiri - kejayaan tidak akan melalaikan
- cara lulus dengan cemerlang - selalu mengulang kaji pelajaran - mengisi masa dengan aktiviti berfaedah - perbincangan dengan kumpulan belajar - nasihat ibu bapa dan guru dijadikan panduan - bantuan kawan-kawan
berharap agar cita-cita tercapai - ucapan terima kasih
_________________________________________________________________________________
MODEL KARANGAN
Aida : Hai Farhana! Apa khabar? Tahniah atas kejayaan awak menerima anugerah murid
cemerlang sekolah kita!
Farhana : Hai, Aida! Khabar baik.Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa saya akan terpilih
sebagai murid cemerlang sekolah kita. Banyak murid lain yang lebih layak daripada saya.
Aida : Awak memang selalu merendah diri. Dengan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan akhir tahun, mewakili sekolah pada peringkat daerah dalam pelbagai
pertandingan seperti pidato dan perbahasan selain menjadi Presiden Persatuan Puteri
Islam, awak memang layak menerima anugerah itu. Kejayaan awak merupakan hasil
usaha gigih awak sendiri.
Farhana : Yalah. Penat lelah saya telah membuahkan hasil. Namun begitu, kejayaan ini bukanlah
sesuatu yang akan melalaikan saya kerana kejayaan sebenar ialah lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan besar pada masa akan hadapan dan seterusnya melanjutkan pelajaran
ke universiti
Aida : Bagaimanakah awak mampu lulus dengan cemerlang dalam semua mata pelajaran?
Farhana : Saya selalu mengulang kaji pelajaran di rumah. Saya sentiasa mengisi masa lapang dengan
aktiviti berfaedah seperti membaca buku dan kerap mengadakan perbincangan kumpulan
dengan kumpulan belajar saya. Saya juga menjadikan nasihat ibu bapa dan guru-guru
sebagai panduan dan sentiasa membaiki setiap pencapaian saya dari semasa ke semasa.
Kawan-kawan juga banyak membantu saya dalam pelajaran.
Aida : Apakah azam awak selepas ini?
Farhana : Saya ingin melanjutkan pelajaran pada peringkat yang paling tinggi. Saya akan berusaha
dengan lebih gigih untuk mencapai cita-cita saya iaitu hendak menjadi doktor pakar
jantung.
Aida : Saya doakan agar cita-cita awak itu akan tercapai.
Farhana : Terima kasih, Aida.
Peribahasa
- merendah diri - tidak sombong
No comments:
Post a Comment