Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa "nasi sudah menjadi bubur ".
_________________________________________________________________________________
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Ain Ida - anak emas Encik Kamal - murid Tingkatan 3 Muslim di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong - baik dan rajin
Isi-isi penting
- ke sekolah dihantar oleh ayah - pengurus sebuah syarikat - semakin sibuk - tidak dapat menjemputnya di sekolah - tidak menghadiri kelas tambahan
- ibunya pemandu pelancong - banyak menghabiskan masa di luar rumah - bimbang - akan menduduki PT3
- meminta ayanya membelikan sebuah basikal - memudahkannya ke sekolah
- suatu hari - bangun lewat - tergesa-gesa ke sekolah - terbabit dalam kemalangan
- cedera parah - dibawa ke hospital - meninggal dunia
ibu bapanya amat kesal - sepatutnya mengutamakan kebaikan anak mereka - nasi sudah menjadi bubuk
_________________________________________________________________________________
MODEL KARANGAN
Ain Ida merupakan anak emas Encik Kamal dan isterinya, Puan Zainab. Dia juga anak tunggal kepada pasangan suami isteri itu. Ain Ida belajar dalam kelas Tingkatan 3 Muslim di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong. Jarak rumahnya dari sekolah lebih kurang lima kilometer sahaja. Ida seorang murid yang bijak dan rajin. Di sekolah, dia selalu menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dia juga murid kesayangan guru-gurg di sekolahnya itu.
Setiap hari, Encik Kamal menghantar dan menjemput anaknya dari sekolah. Namun demikian, kebelakangan ini Encik Kamal yang merupakan pengurus di sebuah syarikat swasta sibuk, disebabkan syarikatnya telah memulakan operasi di luar negara. Kesibukan Encik Kamal kadangkala menyebabkannya tidak dapat menjemput Ain Ida dari sekolah. Kadangkala, Ain Ida tidak dapat meghadiri kelas tambahan kerana ayahnya tidak pulang. Puan Zainab juga sibuk. Sebagai pemandu pelancong, Puan Zainab banyak menghabiskan masa di luar rumah. Keadaan ini membimbangkan Ain Ida memandangkan dia akan menduduki ujian PT3 tahun ini.
"Kalau ada basikal, sudah tentu ayah tidak perlu menghantar dan menjemput Ida di sekolah," kata Ain Ida pada suatu hari kepada ibunya.
Ibu Ain Ida membincangkan permintaan anaknya itu dengan suaminya. "Saya rasa bagus juga. Lagipun, sekolah tidak jauh dari rumah kita," kata Encik Kamal.
Keesokan harinya, Encik Kamal membeli sebuah basikal untuk Ain Ida. Ain Ida berasa amat gembira. Setiap hari dia ke sekolah dengan menunggang basikal tersebut. Kini ayahnya mempunyai lebih banyak masa kerana tidak perlu mengahntarnya ke sekolah lagi.
Pada suatu hari, Ain Ida bangun agak lewat. Dia tergesa-gesa bersiap ke sekolah. Tanpa bersarapan terlebih dahulu, dia menunggang basikalnya dengan laju. Malang tidak berbau. Ketika tiba di suatu simpang, Ain Ida yang membelok di selekoh jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal yang ditunggang secara laju. Ain Ida cedera parah dan dibawa ke hospital oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. Ibu bapa Ain Ida dihubungi. Mereka bergegas ke hospital. Apabila mereka sampai di hospital, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa anak mereka telah meninggal dunia.
Ibu bapa Ain Ida berasa amat kesal. Mereka sepatutnya megutamakan kebajikan anak mereka. Walau bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur . Mereka telah kehilangan anak kesayangan mereka.
Peribahasa
- anak emas - orang yang menjadi kesayangan
- malang tidak berbau - kemalangan atau kecelakaan berlaku tanpa diduga
- nasi sudah menjadi bubur - perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi
Moral:Walaupun sesibuk manapun kita,anak tetap yg paling utama
ReplyDeleteBanar itu
Delete